Politik

Shahidan Kassim desak Lembaga Disiplin UMNO panggil Tajuddin

AHLI Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim menggesa Lembaga Disiplin UMNO memanggil Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang dipecat daripada ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti, baru-baru ini.

Shahidan berkata, Ahli Parlimen Pasir Salak itu perlu dipanggil bagi menjelaskan dakwaan beliau terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Isnin lalu.

Pada hemat Shahidan, gesaan itu dibuat terhadap Lembaga Disiplin UMNO bagi menyelesaikan kemelut dalaman parti.

“Pendedahan tersebut menyebabkan luka… dan luka itu harus diperbaiki.

“Luka ini mesti diselesaikan dengan Jawatankuasa (Lembaga) Disiplin (UMNO) panggil Tajuddin tanya pendedahan dibuat. Selepas itu selesaikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Majlis Perasmian Pasar Harian Selayang Kuala Lumpur dan Jejambat Jalan Ipoh.

Beliau berkata demikian susulan pendedahan Tajuddin dalam sidang media Isnin lalu yang mendakwa beliau adalah saksi bahawa UMNO menghantar akuan berkanun (SD) kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyokong pemimpin de facto, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana menteri.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu turut secara terbuka mendesak Ahmad Zahid supaya melepaskan jawatan presiden parti.

Selain mendakwa hampir 130 Ketua Bahagian UMNO mahu Ahmad Zahid berbuat demikian.

Susulan pengguguran Tajuddin sebagai ahli MKT UMNO, bekas Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Negeri Selangor, Isham Jalil dilantik mengisi kekosongan itu.

Pelucutan jawatan Isham yang dibuat serta merta sebagai Ketua Penerangan BN Selangor adalah atas dasar jawatan itu tiada dalam perlembagaan parti. – SM

(Visited 414 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button