Nasional

97% infrastruktur komunikasi terjejas banjir dibaik pulih

MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa berkata, 1,015 daripada 1,040 infrastruktur komunikasi atau 97 peratus daripada jumlah keseluruhan infrastruktur komunikasi yang terjejas akibat banjir telah dibaik pulih setakat hari ini.

Beliau memaklumkan perkara itu menerusi ciapannya dalam media sosial Twitter.

Secara ringkas, Annuar berkata, keseluruhan adalah 1,040 di mana terdapat penambahan satu infrastruktur komunikasi terjejas di Jempol, Negeri Sembilan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button