Politik

95.25 peratus pengundi awal keluar mengundi di PRK Slim

SEBANYAK 96.25 peratus pengundi awal yang terdriri daripada pegawai dan anggota polis keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim.

Sehingga pukul 5.30 patang, statistik keluar mengundi awal yang dimuat naik di Facebook Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menunjukkan angka tersebut.

Proses pengundian awal itu berlangsung Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim dari pukul 8 pagi hingga 5.30 petang.

Selepas proses pengundian semua peti undi pengundian awal disimpan di lokap IPD Muallim.

Pengiraannya hanya akan dibuat pada hari pengundian iaitu, 29 Ogos ini di pusat pengiraan undi di bilik menunggu di Majlis Daerah Tanjung Malim.

Turut meninjau pusat pengundian awal hari ini Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh; Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain dan Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Sulizmie Affendy Sulaiman.

Dua calon yang bertanding iaitu dari Barisan Nasional (BN), Mohd Zaidi Aziz dan Bebas, Amir Khusyairi Mohamad Tanusi juga hadir melihat perjalanan pengundian awal itu.

PRK DUN Slim menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, Mohd Zaidi Aziz dengan dua calon Bebas, S Santharasekaran dan Amir Khusyairi.

Ia diadakan ekoran kematian penyandangnya Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib, 59, pada 15 Julai lalu akibat serangan jantung. – SM

(Visited 132 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button