BeritaNegeriPendidikan

9 graduan UniMAP terima Hadiah Pelajaran

SEMBILAN graduan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) telah dipilih sebagai penerima Hadiah Pelajaran di Auditorium Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra di Kampus Alam Pauh Putra hari ini.

Hadiah yang ditaja oleh pihak industri ini melibatkan kesemua pelajar di peringkat Ijazah Pertama dan Diploma.

Antara kriteria yang diutamakan bukan sahaja kerana memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) tertinggi.

Malah turut aktif dalam aktiviti ko-kurikulum seperti sukan, kelab, persatuan dan mempunyai ciri kepimpinan, berkelakuan baik, bebas tindakan Tatatertib Universiti serta mempamerkan kualiti peribadi yang baik.

Graduan tersebut menerima hadiah masing-masing pada Majlis Penyampaian Hadiah Pelajaran dan Sidang Media Istiadat Konvokesyen Ke-15 UniMAP.

Hadiah disampaikan oleh Naib Canselor UniMAP, Prof. Dr. Zaliman Sauli. Turut hadir Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Ir. Dr. Rizalafande Che Ismail dan wakil dari pihak industri.
Antara penerima Hadiah Pelajaran itu adalah Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik Dengan Kepujian, Bak Sin Liu yang ditaja oleh Walta Engineering Sdn. Bhd.

Dr. Zaliman Sauli menyampaikan hadiah kepada S. Indhu Devi yang merupakan salah seorang penerima Hadiah Pelajaran sambil disaksikan Dr. Rizalafande Che Ismail.

Graduan Diploma Kejuruteraan Mekatronik, Mohd Armanshah Sabaruddin pula ditaja SG Energy Sdn. Bhd.

Manakala Tasneen Sofri, graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Kepujian) (Rekabentuk Telekomunikasi Elektronik) pula ditaja Tekmark Sdn Bhd.

Nurul Izzati Zulkepli yang merupakan graduan Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Komputer) ditaja oleh Kumpulan Abez Sdn. Bhd.

Sementara graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Mekanikal (Kepujian) (Pemesinan), Ashrul Afiq Azman ditaja QRS Technologies Sdn. Bhd.

Mohamad Nurfaizi Mohamad Rizuan yang menerima Diploma Kejuruteraan (Kejuruteraan Pembuatan) ditaja oleh Festech Sdn. Bhd.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Polimer), Yeoh Kai Kheng ditaja oleh Thong Guan Industries.

Manakala penerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Awam), Chua Suang Theng ditaja Pesona Metro Sdn. Bhd.

Graduan Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu (Kepujian), S. Indhu Devi ditaja The Prayer Mat Sdn. Bhd.

Sekalung tahniah kepada semua penerima Hadiah Pelajaran. – SM

(Visited 925 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button