Nasional

9.5 juta terima dos pertama, 4.4 juta lengkap dua dos

JUMLAH penerima dos pertama vaksin Covid-19 kini meningkaT kepada 9.507 juta orang yang merangkumi 29.3 peratus penduduk Malaysia.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, 4.431 juta rakyat Malaysia atau 13.6 peratus penduduk telah pun lengkap menerima kedua-dua dos vaksin yang diperlukan.

Sehingga semalam 14.002 juta dos vaksin diberikan kepada rakyat.

Penduduk Labuan mencatatkan jumlah tertinggi menerima dos vaksin iaitu 59.2 peratus (58,975) telah disuntik dos pertama dan 30.5 peratus (41,156) telah menerima kedua-dua dos.


Diikuti negeri Sarawak dengan 54.9 peratus (1.545 juta) telah menerima dos pertama dan 30.5 peratus (859,906) telah lengkap disuntik kedua-dua dos vaksin.

Sementara Lembah Kelang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya merekodkan 44.6 peratus (3.752 juta) telah disuntik dengan dos pertama dan 14 peratus (1.181 juta) lengkap menerima kedua-dua dos.

Semalam sejumlah 380,440 dos diberikan kepada rakyat merangkumi 253,830 dos pertama dan 126,610 dos kedua.

Selangor mencatatkan negeri tertinggi iaitu 75,881 dos pertama dan 25,780 dos kedua diikuti Kuala Lumpur 40,748 dos pertama dan 23,349 dos kedua.

Sarawak mencatatkan pemberian vaksin ketiga tertinggi iaitu 23,065 dos pertama dan 41,508 dos kedua.-SM

(Visited 29 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button