Nasional

870,000 dapat Bantuan Kehilangan Pendapatan RM500

SERAMAI 870,000 individu yang telah hilang pendapatan pada tahun ini akan menerima Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 bermula Selasa depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bantuan tersebut melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM434 juta demi memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

“Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, terutama kumpulan sasar yang terjejas akibat pandemik COVID-19 sentiasa terbela.

“Bagi membantu rakyat yang terkesan, Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) sebanyak RM500 akan diberikan secara one-off mulai Selasa, 26 Oktober 2021,” katanya dalam sati kenyataan

BKP diberikan kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau PERKESO dalam tahun 2021.

Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober 2021 melalui Portal BKP di https://bkp.hasil.gov.my.

Penerima BKP juga boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) yang turut dimuat naik di portal berkenaan bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Perdana Menteri berharap bantuan BKP dan bantuan tunai lain yang disediakan kerajaan dapat mengurangkan beban kewangan Keluarga Malaysia dalam mengharungi tempoh yang masih mencabar ini.-SM

(Visited 111 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button