NasionalPendidikanpilihan

74 SK di Perlis terima tablet pulih literasi, numiterasi pelajar

SEBANYAK 74 buah Sekolah Kebangsaan (SK) di Perlis menerima peranti tablet bagi pelaksanaan Projek Pemulihan Literasi dan Numiterasi Tahap 1 di Dewan Pulai, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) Perlis di Kangar hari ini.

Projek khusus untuk penduduk miskin, B40 dan golongan terkesan Pascapandemik Covid-19 ini telah dibangunkan menerusi Hasanal Special Grant (HSG 2.0) oleh Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan Weeser Solution Sdn. Bhd.

Timbalan Pengarah Pendidikan Pembelajaran, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Ayub Ahmad dan Dekan Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Dr Muhammad Syarhabil Ahmad menyampaikan televisyen pintar dan juga tablet kepada wakil sekolah.

Ayob berkata, pihaknya juga menambah literasi dalam Bahasa Inggeris memandangkan pencapaian bahasa ini di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Perlis masih rendah.

Ayob (tiga dari kiri) dan Dr Muhammad Syarhabil (tengah) menyerahkan televisyen pintar kepada Jafri di Dewan Pulai, Sektor Sumber Teknologi Pendidikan (SSTP) Perlis di Kangar hari ini.

“Kita lihat kembali di belakang bagi memperkemas pelajar di masa kini dari segi perkataan dan pertuturan dalam Bahasa Inggeris selari dengan kebolehan dalam Matematik dan Bahasa Melayu,” katanya.

Beliau berkata, penggunaan tablet ini khusus untuk pelajar kelas pemulihan di Tahun 1,2 dan 3 yang dikelaskan sebagai “mereka yang kurang berkebolehan”.

Muhammad Syarhabil berkata, semoga program yang diusahakan UniMAP ini akan membantu pelajar yang terpilih.

“UniMAP juga berharap pelajar berminat dan dapat memahami pelajaran yang telah tertinggal di dalam kelas sebelum ini,” katanya.

Katanya, setakat ini program ini untuk membantu pelajar di Perlis dan jika berjaya kemungkinan ia boleh dikembangkan ke seluruh negara.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Guru Besar Perlis, Jafri Othman yang juga Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Putra melahirkan rasa gembira kerana projek ini diharap akan mampu membantu pelajar terpilih.

“Semua SK mendapat televisyen pintar, peranti tablet dan perisian menerusi projek ini bagi membantu penurunan pemulihan literasi dan numiterasi di kalangan pelajar,” ujarnya. – SM

Artikel berkaitan > Tiga atlet UniMAP wakil negara KE AUG 2022 Thailand

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button