Sukan

Tiga atlet UniMAP wakil negara ke AUG 2022 Thailand

Tiga atlet Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mewakili pasukan Malaysia ke sukan Asean University Games (AUG 2022) yang bakal berlangsung di Ubon Ratchatani Thailand.

Mereka ialah pelajar Fakulti Teknologi Kejuruteraan Elektrik (FTKE), Mohamad Raimi Mustafa dalam acara Olahraga, pelajar Fakulti Sains Gunaan Dan Kemanusiaan (FSGM), Teoh Kim Chyi juga dalam acara Olahraga serta Muhamad Ziyad Irham Mohd Rafidari dari Fakulti Teknologi  Kejuruteraan Elektronik (FTKEN) bagi acara pencak silat.

Mohamad Raimi berkata, beliau dan rakan-rakan menjalani latihan selama lima hari seminggu bagi menghadapi cabaran AUG 2022 yang bakal berlangsung mulai 26 Julai hingga 6 Ogos ini.

Zaliman (tengah) bersama-sama 1600 atlet UniMAP yang meneyrtai kejohanan KOAK dan SUKOL 2022.

Ujarnya, sehingga kini latihan yang dijalani berjalan lancar di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan sejak 21 Julai, saya menjalani latihan di Kem Latihan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebelum berangkat ke Thailand.

“Pihak universiti juga memberi kelonggaran kepada saya untuk memberi fokus terhadap AUG memandangkan peperiksaan akhir adalah sama tarikh saya menghadapi pertandingan di Thailand,” katanya yang akan menduduki peperiksaan akhir apabila selesai AUG 2022.

Tambahnya, beliau meletakkan sasaran untuk meraih pingat emas sekalipun pesaing-pesaing dari negara lain juga tidak kurang hebatnya.

Terdahulu, Naib Canselor UniMAP Prof Ts Dr Zaliman Sauli berkata m, pihak universiti berbangga dengan pencapaian pelajar UniMAP dan sentiasa memberi sokongan kepada mereka.

“Di UniMAP, satu kejohanan  tahunan yang julung kalinya diadakan bagi menyediakan platform terbaik untuk melahirkan lebih ramai atlet bertaraf dunia iaitu Kejohanan Olahraga Antara Kolej (KOAK) dan Liga Antara Kolej (SUKOL).

“Kejohanan ini juga dirangka bagi mempersiapkan atlet UniMAP menghadapi Kejohanan Sukan Institut Pengajian Tinggi (SUKIPT) 2022 yang dijadualkan berlangsung pada Ogos ini dan Karnival Sukan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM) Fasa 1 dan Fasa 2 tahun ini,” kata beliau ketika merasmikan KOAK dan SUKOL peringkat universiti itu di Kompleks Sukan Syed Sirajuddin Areeb Putra, di sini.

AUG 2022 adalah kejohanan sukan dwitahunan yang melibatkan atlet-atlet dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT) negara-negara ASEAN. – SM

(Visited 466 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button