Nasional

Pemandu teksi disaman RM5,000: Menteri selesaikan aduan GTSM

GABUNGAN Teksi Malaysia (GTSM) melahirkan ucapan terima kasih terhadap Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong yang mengambil maklum tentang aduan berhubung seorang pemandu teksi dikenakan tindakan saman RM5,000, baru-baru ini.

Saman itu dikeluarkan di sekatan jalan raya oleh pihak polis di sekatan jalan raya Tampin atas kesalahan, tidak mempunyai surat kebenaran rentas negeri.

Menurut Yang diPertua GTSM, Kamarudin Hussain dalam satu kenyataan, semua pihak mengikut SOP MKN, perkhidmatan teksi, kereta sewa dan e-hailing adalah dibenarkan beroperasi di dalam tempoh PKP 3.0.

“Malah dalam SOP MKN itu tidak mencatatkan sebarang keperluan pemandu teksi perlu mendapatkan surat kebenaran beroperasi.

“Malangnya sejak PKP 1.0 lalu (tahun lepas – 18 Mac) pemandu kami sering menghadapi masalah ketika melalui SJR,” katanya.


Tambah beliau, ada yang tidak dibenarkan beroperasi, diminta mengemukan surat MITI dan yang terbaru, disaman RM5,000.

“Datuk Seri Wee Ka Siong dalam sidang akhbarnya minggu lepas memaklumkan, bagi memudah cara, pemandu teksi/kereta sewa disaran mendapatkan surat kebenaran beroperasi melalu Sistem Maklumat Industri Logitik (SMILE).

“Saya sendiri telah bercakap dengan YB Menteri beliau mengesahkan surat kebenaran melalui SMILE itu bukanlah mandatory kerana kebenaran pemandu teksi beroperasi masih tertakluk kepada SOP MKN. Surat itu hanyalah bagi memudah cara,” ujar Kamarudin.

Dalam pada itu, beliau berkata, GTSM menerima banyak rungutan dan aduan dari ahli berhubung sistem SMILE dan perkara ini juga telah dipanjangkan kepada Menteri.

Sehubungan itu, kata Kamarudin, Menteri berjanji akan melihat semula masalah yang timbul dalam sistem tersebut. – SM

 

(Visited 67 times, 1 visits today)

Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button