NasionalParlimenPendidikan
50,000 komputer riba untuk sekolah-sekolah
MENTERI Kewangan yang juga Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, menjelang suku pertama sebelum berakhirnya tempoh itu, 50,000 komputer riba mesti sampai ke sekolah-sekolah.
Beliau berkata, sekiranya komputer riba itu tidak sampai ke sekolah-sekolah, Menteri yang berkenaan perlu jawab.
Selain itu, Anwar berkata, kerajaan bersetuju bagi diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan.
“Kerajaan juga membenarkan penangguhan bayaran balik RM1,800 ke bawah untuk enam bulan.
“Semua bermula pada 1 Mac ini, katanya.
Anwar berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2023, hari ini. – SM