Rencah Hidup

5 Taman Eko-Rimba Terengganu dibuka mulai esok

PELANCONGAN domestik perlu ‘dihidupkan’ kembali selepas industri pelancongan dalam negara terjejas teruk sehinggakan banyak pihak terpaksa mengambil pendekatan luar biasa bagi mengatasi masalah ini.

Dalam keadaan negara di frasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPPP), kita lihat rakyat negara ini sudah mula kembali menjalani kehidupan sebelum negara dilanda pendamik COVID-19 dan kerajaan mula-mula mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

Ramai dalam kalangan masyarakat kita yang sudah ‘berani’ untuk keluar membawa keluarga bersiar-siar. Bahkan ada yang mengambil kesempatan bercuti bersama keluarga sedangkan di luar sana, sebenarnya wabak COVID-19 masih ada.

Air Terjun Sekayu - Tempat BEST Mandi Manda di Terengganu

Bagaimanapun, untuk merangsang ekonomi pelancongan domestik, lima Taman Eko-Rimba (TER) di Terengganu akan dibuka semula kepada pengunjung bermula esok.

Memetika laporan BERNAMA, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu, Muhamad Abdullah berkata, TER yang akan dibuka adalah seperti berikut:

1-Lata Belatan di Besut
2-Lata Tembakah di Jertih
3- Chemerong
4-Bandar Bukit Bauk di Dungun
5-Sekayu di Hulu Terengganu.

Air Terjun 5 Tingkat di Hutan Lipur Lata Tembakah Tempat Berkelah ...

Turut dibenarkan beroperasi susulan PKPP ialah pusat rekreasi Lata Kolam Air Deru Ecopark di Jertih.

Walau bagaimanapun,  Muhamad berkata, operasi semula perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Beliau berkata, antara aktiviti yang dibenarkan ialah rekreasi umum seperti berkelah, beriadah, memerhati burung, trek hutan, senaman yang tidak melibatkan sentuhan badan, penggambaran dan perfilemen serta lawatan berkumpulan tidak melebihi 20 orang.

Namun ada aktiviti yang tidak dibenarkan iaitu aktiviti air termasuk mandi-manda di kolam awam, kolam takungan dan kolam air terjun.

Aktiviti lain yang turut tidak dibenarkan ialah rekreasi sukan lasak seperti motorcross dan paragliding, aktiviti tali seperti ‘high rope’ dan ‘wall climbing’.

“Kita juga tidak benarkan majlis keramaian seperti hari keluarga, penganjuran kem motivasi, ‘summer camp’ dan perkhemahan bermalam, aktiviti pengurusan acara dan taman permainan kanak-kanak,” katanya.

Bermula 1 Julai ini, Muhamad berkata, aktiviti pendakian bukit dan gunung di hutan simpanan kekal di Terengganu dibenarkan secara harian sahaja dengan satu kumpulan pendaki tidak melebihi lima orang dan disyaratkan mengguna perkhidmatan pemandu alam semula jadi dan malim gunung berkelayakan atau yang berdaftar dengan jabatan itu.

“Permohonan permit memasuki hutan simpanan kekal bagi tujuan pendakian gunung di Terengganu adalah disyaratkan dua minggu sebelum tarikh pendakian,” katanya sambil menambah, pengunjung perlu sentiasa mematuhi SOP langkah pencegahan penularan COVID-19. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button