Sukan

Valentino Rossi positif Covid-19

JUARA dunia tujuh kali MotoGP, Valentino Rossi mengesahkan yang dia kini positif Covid-19.

Perkara itu diumumkan Rossi menerusi akaun Instagram miliknya yang memberitahu keputusan itu diperoleh selepas dua ujian saringan Covid-19 dijalankan.

“Pagi tadi saya bangun tidur dan merasa tidak sedap badan. Sendi saya sakit dan ada sedikit rasa demam.

“Saya kemudian memanggil doktor untuk menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum disahkan negatif sama seperti ujian yang diambil pada Selasa lalu.

“Tetapi, ujian saringan yang saya dapat petang semalam mendapati saya positif Covid-19,” katanya.

Menurut Rossi, dia melahirkan rasa kekecewaan kerana gagal menyertai perlumbaan seterusnya di Aragon.

Jelasnya, dia berasa kecewa dan marah kerana sudah mengikut protokol yang sedia ada untuk mengelak daripada dijangkiti.

“Tetapi semuanya telah terjadi dan saua tidak boleh berbuat apa-apa. Sekarang saya perlu fokus pada nasihat doktor dan berharap akan pulih semula secepat mungkin,” katanya. -SM

(Visited 66 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button