fbpx
Politik

Ahli Parlimen Kubang Pasu mahukan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin

AHLI Parlimen Kubang Pasu, Datuk Amiruddin Hamzah menjadi orang terbaharu yang meminta usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Dalam satu kenyataan, Amiruddin mengatakan bahawa dia telah mengirim surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun meminta usul itu dibenarkan dalam persidangan parlimen yang akan datang.

“Saya telah menghantar surat kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat berkenaan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri bertarikh 15 Oktober 2020 untuk sesi sidang parlimen yang akan datang.
“Usaha ini adalah demi menjunjung prinsip mengembalikan mandat rakyat dalam PRU14 dan solidariti atas sebuah kerajaan yang tidak kompeten dan stabil. Bagaikan telur di hujung tanduk,” katanya.

Dalam suratnya, Amiruddin, yang juga bekas Timbalan Menteri Kewangan, mengatakan dia meminta usul untuk menentukan bahawa Muhyiddin tidak mendapat sokongan majoriti anggota parlimen di bawah Peraturan Mesyuarat 26(1)  dibaca bersama Peraturan Mesyuarat 27(3).

Sebelum ini, bekas perdana menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad juga meminta usul tidak percaya terhadap Muhyiddin.

Pada 25 September, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah telah menulis surat kepada Azhar meminta “jaminan” bahawa usul tidak percaya yang diajukan oleh Dr. Mahathir akan dibangkitkan dalam sidang Dewan Rakyat berikutnya.


Bagaimanapun, Azhar telah meminta Tengku Razaleigh untuk berunding dengan menteri undang-undang de facto Datuk Takiyuddin Hassan untuk mendapatkan usul tidak percaya yang dibentangkan dan dibahaskan.

Beliau mengatakan terikat dengan peraturan Dewan Rakyat dan “tidak ada masalah” mempertimbangkan usul tersebut jika semua urusan pemerintah selesai atau jika ada usul oleh menteri di bawah Peraturan 14 (2) untuk mengutamakan usul peribadi. – SM

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button