MahkamahNasional

4 lelaki didakwa bunuh rakan sekerja

EMPAT lelaki didakwa di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh seorang rakan sekerja mereka di sebuah kelab malam di Jalan Dato Abdullah Tahir, Johor Bahru, Johor, awal bulan ini.

Poh Kien Huat, 28; Mohamad Ashiq Othman, 31; Wong Sew Hau, 48, dan Lim Wee Huang, 32, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Keempat-empat mereka didakwa dengan niat bersama-sama membunuh Hah Chun Fai, 24, di pejabat di kelab malam itu antara jam 2.30 pagi hingga jam 11.15 pagi, 4 Februari lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum dengan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan. – FMT – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button