Nasional

4 kru bersama bot perikanan dipercayai hilang

BOT milik Jabatan Perikanan Negeri Johor bersama empat krunya, hilang dalam perjalanan dari Tanjung Pengelih ke Pangkalan Tampoi, petang semalam.

Bot dengan nombor pendaftaran PL87 bersama empat krunya dilaporkan dan tidak dapat dihubungi.

Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima laporan berhubung kejadian itu pada 7.51 malam tadi.

“Susulan itu, MRSC Johor Bahru telah mengaktifkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dengan menggerakkan bot PENGAWAL 46 dan bot KILAT 18 bagi mengesan bot dan mangsa yang terlibat pada 8 malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button