Ekonomi

Angel Group mampu lahirkan 100 orang jutawan dalam masa tiga tahun melalui pelaburan emas

Syarikat pelaburan Emas berjaya melahirkan ramai jutawan di bawah naungan Angel Group, bagi mengiktiraf pencapaian para ahli ini majlis makan malam telah diadakan di Hotel Marriot Putrajaya bertemakan Bangsawan Emas.

Anugerah ini diberikan pada lebih 200 individu yang berjaya menjana income sebanyak tujuh angka yang terdiri daripada Senior Merchant, Merchant, Dealer Developer, Dealer, Konsultan serta ahli Group Agency.

Menurut Dr Rukhaida Abd Karim, walaupun melihat ekonomi selepas covid jatuh menjunam namun bukan penghalang ahli Angel Group untuk menjana pendapatan demi kelangsungan hidup malah konsep QM ini untuk membantu orang ramai mencipta dan melindungi kekayaan.

“Kami memberikan jalan penyelesaian kepada masyarakat dan cara untuk mencipta aset emas kepada masyarakat, Alhamdulillah Angel group mampu lahirkan 100 jutawan dalam masa tiga tahun” katanya semasa majlis makan malam.

Majlis tersebut turut menjemput Yang Amat berbahagia Datin Seri Masdiana Binti Muhamad, isteri Menteri Besar Selangor dan juga Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan & Amal Wanita Selangor (PERKAWANIS) meluahkan masa merasmikan Majlis makan malam.

Pada malam tersebut turut dilancarkan laman sesawang Angel Group serta aplikasi, KiloGo untuk portfolio emas serta panduan harga emas semasa serta membolehkan ahli menukar mata wang menjadi emas Aplikasi tersebut boleh di langgan melalui Google Play Store dan Apple Store atau boleh terus ke laman sesawang rasmi Angel Group di pautan https://angelgroupagency.com – SM

(Visited 376 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button