Jenayah

39 ditahan ketika syok berparti liar

HELAH seorang wanita yang menyewa sebuah banglo menerusi aplikasi Air Bnb untuk mengadakan parti liar akhirnya terkantoi selepas polis melakukan serbuan pada pukul 1.15 pagi semalam.

Serbuan ke atas sebuah banglo di Bangsar itu berjaya menahan 39 orang termasuk 10 wanita tempatan dan sembilan wanita warga Vietnam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd. Zainuddin @ Hilmi berkata, kesemua yang ditahan berusia lingkungan 18 hingga 40 tahun.

“Dalam serbuan tersebut, kita turut merampas tiga paket plastik berisi dadah disyaki dadah MDMA seberat 46.12 gram, 12 biji pil ekstasi (4.53 gram) dan tiga paket dadah disyaki ketamin seberat 4.5 gram.

“Nilai rampasan kesemua dadah disyaki dianggarkan bernilai RM5647,” katanya dalam kenyataannya.

Menurut Zairulnizam, saringan awal air kencing mendapati 32 orang yang ditahan positif dadah manakala tujuh lagi negatif.

Jelasnya, siasatan awal mendapati jemputan ke parti liar tersebut dihantar menerusi aplikasi Whatsapp dan panggilan telefon.

Ujarnya lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 39A(2), Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Semua suspek tempatan pulak dikenakan kompaun RM1,000 kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Suspek Vietnam pula ditahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/64,” katanya.

Tambahnya, kesemua mereka akan ditahan reman selama tujuh hari bermula semalam. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button