fbpx
Nasional

Ramai rindu masjid, keputusan tak lama lagi

KEPUTUSAN berkaitan pembukaan masjid dan surau kepada masysrakat awam akan dibuat tidak lama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr. Zulkifli Mohamed al-Bakry berkata, beliau telah membentangkan prosedur operasi standard bagi perluasan kapasiti jemaah bagi solat Jumaat dan solat berjemaah dalam Mesyuarat Khas Menteri-Menteri.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Jelasnya, ramai yang merindukan masjid dan surau.

Dr. Zulkifli berkata, pendekatan “soft landing” pembukaan masjid surau dan perluasan secara  yang dilaksanakan oleh kerajaa atas nasihat Kementerian Kesihatan adalah wajar.


“Ini bagi memastikan kesejahteraan umat Islam secara amnya dan juga imej institusi masjid dan surau di Malaysia terus dicontohi dan disegani di peringkat dalam dan luar negara.

“Keputusannya akan diumumkan sedikit masa lagi, insya-Allah,” kata Dr. Zulkifly.- SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button