Rencah Hidup
30 tahun biji asam jawa dalam telinga wanita
SEORANG wanita menderita sakit telinga selama 30 tahun akibat biji asam jawa yang masuk ke dalam telinganya.
Hal itu dikongsi oleh Klinik Al-Biruni di Sungai Petani. Klinik berkenaan menawarkan perkhidmatan mencuci telinga.
Ini pertama kali klinik berkenaan berkongsi video mengeluarkan biji asam dari telinga. Sebelum ini klinik berkenaan banyak berkongsi video mengeluarkan kutu babi atau tempiras. – SM