Nasional

3 Kelebihan Jadi Golongan Kayangan, Popular Dan ‘Kabel Besar’ Dalam Malaysia!

Cerita golongan kayangan atau popular yang terhindar daripada musibah undang-undang bukanlah sesuatu yang aneh dalam Malaysia.

Sehubungan itu, golongan masyarakat yang masih miskin kadang-kala merasakan undang-undang yang wujud tidak adil kepada mereka.

Namun yang miskin kekal miskin dan yang kaya, ayuh nikmati segala kemudahan yang boleh diselesaikan dengan status sedia ada seperti :

1. Akses Rentas Negeri Kerana Urusan Perniagaan

Orang kayangan ada bisnes. Nak merentas negeri pun takkan ada masalah keranan boleh dapatkan surat kebenaran merentas negeri atas urusan pekerjaan. Lagi-lagi yang jenis bekerja sendiri. Dialah bos, dialah pekerja, dialah yang buat surat, dialah yang merentas negeri. Berbeza pula dengan golongan yang miskin. Mereka cuma bekerja sebagai orang bawah dan makan gaji. Sampai bila-bila pun setakat itu ajerlah bak kata mereka.

2. Pihak Berkuasa Sukar Buat Siasatan

Jarang kita lihat ahli politik (terutamannya yang sedang jadi kerajaan) kena kompaun dan sebagainya. Kes majlis perkahwinan Neelofa dengan kapasiti tetamu yang melampau pun masih ke sudah sukar nak buat siasatan. Dah rupa video semburit yang didakwa pelakunya mungkin Azmin dan Haziq (kekal kabur) yang pernah tular. Hujung-hujung kes senyap. Budak MRSM dalam kawasan sendiri kena kompaun. Masjid dikatakan langgar SOP kena kompaun. Doa-doa ajerlah semua rakyat Malaysia biar bertukar status jadi kaya. Biar pening pihak berkuasa.

3. Miliki Stok Minta Maaf Yang Terancang

Kebanyakan orang buat salah, segelintir sahaja reti minta maaf. Golongan kayangan, popular dan ‘kabel besar’ ini juga tak terkecuali namun kelebihan mereka adalah ‘stok minta maaf’ yang dimiliki cukup banyak. Ibarat kartel yang menguasai perkataan ‘minta maaf’. Seperti perancangan yang super teliti. Asalkan salah, terus standby untuk buat sidang media memohon maaf.

Apa-apa pun, ini cuma sekadar nukilan nakal daripada seorang rakyat biasa yang miskin dan merasakan mahu jadi ahli politik pada masa akan datang. Senang sini ada ‘kabel besar’ untuk pelbagai akses di dunia yang sementara ini. Tetapi kekal untuk sementara sahaja ler.

Apa pendapat anda? Tinggalkan buah fikiran anda di ruangan komen media sosial kami!

Ayuh jadi penyokong kandungan Suara Merdeka menerusi pautan di bawah :

Subscribe Suara Merdeka (Monthly)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button