fbpx
Luar Negara

27 tahun tak mandi, rambut jadi sarang tikus dan lipas

TIDAK mandi selama 27 tahun, seorang wanita berusia 50 tahun di Semarang, Indonesia hidup dalam keadaan tidak terurus sehingga rambutnya yang panjang 1.5 meter menjadi sarang tikus dan lipas.

Kisah malang wanita berkenaan telah mendapat perhatian Relawan Aksi Cepat Tangguh (ACT),  dan Sukiyah telah dibawa menerima rawatan Pusat Pemulihan Mental di Semarang.

Saat membersihkan Sukiyah, petugas mengambil masa 20 minit untuk memotong rambut wanita berkenaan yang telah berpintal-pintal.

“Kami potong rambutnya, kemudian dibawa ke tempat yang layak punya untuk dirawat,” kata relawan ACT Ardian Kurniawan Santoso, Isnin lalu.

Merdeka.com melaporkan rambut wanita itu ada beberapa ekor tikus, lipas dan juga tulang tikus dipercaya bangkai tikus.


Kaki wanita itu juga telah lemah dan tidak boleh berjalan hingga menyebabkan dia terpaksa membuang air merata-rata tempat.

Sukiyah tinggal seorang diri selepas ibunya meninggal dunia tiga tahun lalu dan adik kandungnya berpindah ke Banjarnegara.

Tidak dapat dipastikan mengapa wanita itu berkelakuan aneh dan tidak bercakap sejak berusia 10 tahun lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button