KesihatanNasionalNegeri

240 kematian di Perlis tahun 2021 akibat penyakit jantung iskemia

SEBANYAK 240 kes atau 17.7 peratus daripada 1,357 jumlah kematian di Perlis tahun 2021 disebabkan penyakit jantung iskemia, kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Aizai Azan Abdul Rahim.

Tambah beliau, statistik pada tahun 2021 juga menunjukkan bahawa penyakit jantung iskemia telah menyumbang sebanyak 13.7 peratis kematian di Malaysia.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan bertitah semasa merasmikan Program Saringan Kesihatan Jantung; IJN bersama UniMAP yang diadakan di Dewan Kecemerlangan, UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra.

Demikian dipersembahmaklumkan oleh Datuk Dr. Aizai Azan kepada Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ketika Baginda berkenan berangkat merasmikan Program Saringan Kesihatan Jantung; Institut Jantung Negara (IJN) bersama Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diadakan di Dewan Kecemerlangan, UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra.

Keberangkatan tiba Baginda merangkap Canselor dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selaku Pro Canselor UniMAP disambut oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Ts. Dr. Zaliman Sauli dan Datuk Dr. Aizai Azan.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan bergambar sempena Program Saringan Kesihatan Jantung; IJN bersama UniMAP di Dewan Kecemerlangan, UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra.

Program Corporate Social Initiatives (CSI) IJN ini dianjurkan dengan kerjasama UniMAP yang bertujuan untuk memberi kesedaran berkenaan kepentingan penjagaan kesihatan jantung dan menyediakan pemeriksaan saringan kesihatan secara percuma.

Di samping itu juga diberikan khidmat nasihat serta bimbingan menjalani gaya hidup sihat.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra menegaskan kepada semua bahawa dewasa ini, terlalu banyak kes kematian mengejut berlaku dalam masyarakat.

Apabila terjadinya sindrom kematian mengejut yang tidak dapat dijelaskan (SUDS) seperti serangan jantung (malignant arrhythmia) kepada golongan muda yang tidak mempunyai sejarah penyakit kronik, perkara tersebut wajar dipandang serius.

Tuanku Syed Faizuddin Putra dan Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen berkenan hadir sempena Program Saringan Kesihatan Jantung; IJN bersama UniMAP di Dewan Kecemerlangan, UniMAP, Kampus Alam Pauh Putra.

Pemangku Raja juga berharap agar usaha murni ini akan terus membantu memberi kesedaran kepada masyarakat untuk lebih sensitif dengan tahap kesihatan masing-masing.

Untuk rekod, seramai lebih daripada 300 orang membuat pemeriksaan kesihatan di UniMAP pada hari ini dan pada semalam juga lebih kurang jumlah yang sama hadir di Wisma TNB Kangar. – SM

(Visited 97 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button