2 tahun ‘online dating’, gadis tertipu teman lelaki ternyata kawannya
SEORANG pelajar fesyen dari Leeds, England, Tasheeka yang berumur 22 tahun tidak menyedari bahawa teman lelaki yang ditemui dalam talian selama dua tahun sebenarnya adalah kawannya.
Dalam program Catfish UK, Tasheeka berkata bahawa dia ‘match’ dengan seorang lelaki bernama Aaron dalam aplikasi temu janji dalam talian dua tahun lalu.
Aaron sempat menghilang buat seketika semasa hubungan mereka selama setahun, tetapi beberapa bulan kemudian dia muncul semula dan meminta maaf kerana telah meninggalkannya.
Mereka meneruskan kembali hubungan mereka selama setahun lagi, dan Tasheeka menjadi semakin bersemangat untuk bertemu secara bersemuka.
Bagaimanapun, selepas dijejaki oleh pengacara Catfish UK, Julie Adenuga dan Oobah Butler, ternyata pemilik sebenar profil Aaron ialah rakan perempuan Tasheeka iaitu Sunisa.
Dalam pada itu, Sunisa menjelaskan, dia berbuat demikian kerana merasa jengkel kerana telah menolak untuk bertemu janji dengan rakannya, sekali gus mencipta akaun palsu untuk membalas dendam atas perbuatan Tasheeka itu.
Gambar profil yang digunakan oleh Sunisa adalah milik model bernama Glenn.
Sunisa turut berkata, dia menggunakan profil akaun palsu daripada usia 14 tahun, sebagai cara untuk mendapatkan ‘perhatian’ kerana pernah dibuli semasa zaman persekolahan.
Dalam satu e-mel yang diterima oleh hos program itu, Tasheeka menyifatkan teman lelaki dalam taliannya sebagai lelaki yang sempurna.
“Saya tidak pernah merasa perasaan seperti ini dengan sesiapa sebelum ini.
“Kami berhubung sepanjang masa dan saya boleh bercakap dengannya tentang apa sahaja kerana dia sering mendengar dan sangat emosional dan ada sebab kenapa kami tidak dapat berjumpa,” katanya.
Tasheeka juga berkata rakan dan keluarganya berpendapat bahawa profil lelaki itu terlalu sempurna dalam kehidupan sebenar tetapi dia menegaskan supaya ‘kisah dongengnya’ menjadi kenyataan.
Tasheeka berbual dengan Aaron setiap hari, tetapi setiap kali dia cuba bercakap dengan Aaron melalui telefon atau penggilan video, Aaron selalu mengatakan talian internetnya lemah.
Tasheeka turut menitiskan air mata setelah diberitahu perkara ini.
“Saya tidak mahu dibuat seperti orang bodoh, saya hanya mahu mempunyai pasangan dan bahagia,” katanya. – SM