NasionalNegeri

17 terima geran penyelidikan Faizuddin Centre of Educational Excellence

Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) melancarkan penyerahan geran penyelidikan fasa pertama kepada 17 penerimanya di Hotel Seri Malaysia, petang semalam.

Ia melibatkan penyelidik dari tiga institusi pengajian tinggi di Perlis iaitu Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs), Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis (IPG Perlis) dan Pelibatan Ibu Bapa Komuniti Swasta (PIBKS).

Pengerusinya, Profesor Emeritus Datuk Dr. Kamarudin Hussin berkata, setiap geran penyelidikan jangka pendek itu bernilai RM7,000.

Beliau berkata, FCoEE yang dinaungi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ini memperuntukkan sebanyak kira-kira RM200,000 bagi tujuan ini.

Kamaruddin (kiri) menyerahkan geran penyelidikan FCoEE kepada salah seorang penerimanya.

“Tempoh masa penyelidikan ini akan memakan masa selama dua bulan yang dijangka bermula awal November ini,” katanya kepada media selepas majlis pelancaran geran tersebut.

Selepas itu, katanya, hasil dan analisis akhir kajian akan dibentangkan oleh para penyelidik dalam seminar wacana ilmu tempatan yang akan dianjurkan pada pertengahan tahun depan.

Beliau berkata, antara tema dan fokus penyelidikan yang diketengahkan bagi Fasa Pertama ini ialah keciciran pelajar, keibubapaan dalam pendidikan, penguasaan pelajar terhadap platform pengajaran dan pembelajaran di rumah, kecenderungan ponteng serta potensi kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah di negeri ini.

Katanya, daripada hasil kajian ini kelak dapat dirujuk oleh pemegang taruh untuk menambahbaik keadaan semasa sekolah, keperluan dan hasrat ibubapa, guru-guru serta para pelajar terutamanya golongan asnaf di Perlis.

Sementara itu, Institusi-institusi lain di Perlis seperti Universiti Teknologi MARA (UiTM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) akan dilibatkan dalam fasa seterusnya mengikut keperluan tema dan kepakaran bagi inovasi pendidikan dan lain-lain yang berkaitan di masa hadapan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button