Nasional

17.1 juta rakyat lengkap divaksin

BILANGAN penduduk yang telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin terus meningkat kepada 17.177 juta orang semalam.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) jumlah itu merangkumi 52.6 peratus daripada keseluruhan populasi Malaysia.

Manakala 21.372 juta atau 65.4 peratus populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sementara itu bagi populasi dewasa sejumlah 91.3 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala 73.4 peratus telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin.

Data JKJAV menunjukkan kesemua negeri kini telah mencapai separuh populasi dewasa lengkap divaksin.

Lembah Kelang yang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan peratusan tertinggi iaitu 101.3 peratus, diikuti Labuan (95.9 peratus), Sarawak (88.3 peratus) dan Negeri Sembilan (87.9 peratus).-SM

(Visited 97 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button