Nasional
16,117 kes baru, lebih 9,000 di Lembah Klang
Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 16,117 kes baru Covid-19 setakat tengah hari tadi.
Selangor terus merekodkan angka tertinggi iaitu sebanyak 6,616 kes diikuti Kuala Lumpur (2,457) dan Kedah (1,000).
Setakat hari ini, tidak ada negeri yang memenuhi syarat untuk beralih ke fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) kecuali Perlis.
Bilangan kes mengikut negeri:
Selangor (6,616)
Kuala Lumpur (2,457)
Kedah (1,000)
Johor (907)
Sabah (741)
Melaka (674)
Negeri Sembilan (669)
Pulau Pinang (618)
Kelantan (592)
Perak (583)
Sarawak (405)
Pahang (403)
Terengganu (317)
Putrajaya (122)
Labuan (11)
Perlis (2)