Parlimen

Netizen kagum Azalina berjaya ‘jinakkan’ ahli parlimen ‘liar’

CARA Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Azalina Otham Said ‘menjinakkan’ ahli parlimen-ahli parlimen yang berkelakuan liar semasa sesi Parlimen mendatangkan rasa kagum kepada netizen.

Azalina dilihat berupaya mengendalikan Dewan Rakyat di tengah hiruk-pikuk dalam dewan yang dipenuhi dengan jerik pekik ahli parlimen pembangkang dan menteri menentang antara satu sama lain.

Sebagai seorang wanita, mereka melihat Azalina lebih berupaya mendisplin dan mendiamkan ahli parlimen yang mahu berucap tanpa kebenaran.

“Seorang wanita mentadbir dewan, dewan agung, penuh kelas, bijak dan penuh martabat @AzalinaOrhmanS,” ciap Amy Chew di Twitter.

“Azalina adalah bukti lain mengapa wanita adalah pemimpin yang lebih baik daripada lelaki,” kata Christhine.


“Saya mendapat sedikit keyakinan dengan Azalina akhir-akhir ini,” komen Ravo Chander.

“LOL YB Timb Speaker Azalina in parliament today be like.. mak marah anak degil tak nak dengar cakap,” komen @jomlocalfarm.

“Azalina Othman begitu tenang,” kata Coruson.

“Azalina is the definition of Gangsta…” komen Taufiq Hanafi.

“With a karen haircut, she empowers the parliament today. gj azalina hahaha,” kata Hulkeleh.

“Now this is a queen behaviour. Good job DS Azalina, you tamed the dog,” komen @britchiespears.

“Saya suka tengok YB Azalina mengawal keadaan Dewan Parlimen,” puji Mustaq.

Azalina pagi tadi mengungkapkan ayat yang pasti akan diingati sehigga bila-bila sebagai salah seorang pengerusi Dewan Rakyat yang terbaik.

“Yang berhormat duduk yang berhormat. Saya mempengerusikan majlis. Menteri nak jawab, biar saya membuat peraturan. Saya beri yang berhormat enam orang untuk bangun membangitkan peraturan dewan. Saya berlaku adil. Bagilah saya buat kerja. Kalau tidak gantilah saya sebagai timbalan speaker,” kata Azalina.

Beliau berkata dengan tegas apabila beberapa ahli parlimen mendesak agar Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Takuyidin Hassan menjawab berhubung isu penamatan Ordinan Darurat.

Kata-kata Azalina yang tegas itu membuatkan ahli parlimen terbabit duduk dengan diam sekaligus menamatkan pertengkaran yang membazirkan masa Dewan Rakyat.-SM

(Visited 288 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button