NasionalParlimen

Ku Li mohon tukar tempat duduk dalam Dewan Rakyat

AHLI Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah hari ini memohon kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat untuk menukar tempat duduk sedia ada beliau di dalam dewan.

Beliau memohon untuk menukar tempat duduk ke tempat baru berhampiran tempat duduk ahli Parlimen blok Bebas.

Permohonan Tengku Razaleigh atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Li dibuat secara bertulis kepada Datuk Azhar Azizan Harun.

Azhar mengambil maklum permohonan yang tidak dinyatakan sebab oleh Ku Li mengapa beliau mahu duduk berdekatan dengan blok Bebas.

“Selaku Yang di-Pertua Dewan Rakyat, saya mengambil maklum keputusan Ahli Parlimen Gua Musang tersebut dan telah mengarahkan Setiausaha Dewan Rakyat mengambil tindakan sewajarnya,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini. – SM

(Visited 98 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button