fbpx
Nasional

1,408 PATI bolos sempadan ketika PKP, PKPB

SEMPADAN negara terus cuba dibolosi pendatang asing tanpa izin (PATI) apabila seramai 1,408 ditahan dalam tempoh 1 hingga 15 Mei.

Tangkapan itu dibuat ketika negara sedang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan PKP Bersyarat (PKPB) bagi mengawal pandemik jangkitan Koronavirus (Covid-19).

BACA > Silap haribulan muncul pula kluster wartawan… — Suara Merdeka

Malah, sejak PKP pertama kali dilaksana pada 18 Mac lalu, kerajaan menutup semua pintu sempadan negara bagi menghalang kes import Covid-19.

Menurut Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, selain PATI kerajaan juga berjaya menahan 14 tekong terlibat.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Kawalan Sempadan (Aksem) dan Jabatan Imigresen (JIM) terlibat kawal sempadan.


“Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) turut bekerjasama dan berjaya menahan PATI dan tekong terlibat,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar harian Covod-19 hari ini.

BACA > Guru perlu sabar hadapi cabaran pendidikan — Suara Merdeka
BACA > Kawasan Ulu Sedili hingga Sungai Johor titik panas pendaratan PATI — Suara Merdeka

Tambah beliau, kerajaan memandang serius cubaan bolos sempadan negara serta memantau dan memperketatkan kawalan di darat dan laut.

“Terutama di lorong-lorong tikus bagi menyekat kemasukan PATI dan memastikan kedaulatan negara sentiara terperlihara,” tegasnya.

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri turut memaklumkan sebanyak 508 kenderaan cuba merentas negeri diarah berpatah balik.

“Sebanyak 508 kenderaan cuba merentas negeri atas alasan mahu pulang ke kampung telah diarah berpatah balik oleh PDRM.

BACA > Guru dituntut perkasa pengajaran dalam talian – PM Muhyiddin — Suara Merdeka
BACA > Riza Aziz: Mahathir jangan keliru – Takiyuddin, Najib — Suara Merdeka

“Sebanyak 146 sekatan jalan raya rentas sempadan negeri di seluruh negara dan memeriksa 238,500 kenderaan,” ujarnya. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button