NegeriRencah Hidup

14 pengamal media hadir majlis bersama Pengarah Kesihatan Perlis

SEBANYAK 14 pengamal media di Perlis hadir pada majlis Santai Petang bersama dengan Pengarah Kesihatan Perlis.

Majlis ini dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Perlis bagi menjalinkan hubungan dan kerjasama yang baik dengan pihak media.

Dr Ismuni ketika memberikan penerangan kepada pihak media di Jabatan Kesihatan Negeri Perlis.

Pengarah Kesihatan, Dr Ismuni Bohari yang memulakan tugas di Perlis sejak Julai tahun lalu telah memberikan penerangan berkaitan perancangan aktiviti jabatan ini supaya dapat disebar dengan lebih meluas oleh pihak media.

Selain itu beliau juga meminta pihak media berkongsi pandangan berhubung dengan keperluan bagi setiap laporan.

Dr Ismuni semasa memberi penerangan pada majlis Santai Petang.

Dr Ismuni juga berharap dengan tanggungjawab besar yang digalas oleh jabatan ini akan dapat dilaksanakan baik khususnya bagi memastikan objektif “Perlis Hebat, Sihat Milik Semua”. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button