MahkamahNasionalNegeri

Penolong Jurutera kolej mengaku tidak bersalah tiga pertuduhan suapan

Seorang Penolong Jurutera di sebuah Kolej Vokasional di Melaka, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh Melaka hari ini atas tiga pertuduhan menggunakan kedudukan dan jawatannya untuk mendapatkan suapan.

Tertuduh, Haslin Abdul Halim, 49, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa secara rasuah telah menggunakan kedudukan dan jawatannya untuk mendapatkan suapan dengan memberikan kerja-kerja membaik pulih berjumlah keseluruhan RM3,950 kepada Syarikat Kontraktor yang dimiliki oleh anaknya.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan pada tahun 2017 hingga 2019 di Kolej Vokasional di Melaka.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23 ASPRM 2009 yang membawa
hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi dua puluh tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan yang diterima.

Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), Irwan Shah Abdul Samat menawarkan jaminan RM2,000 bagi semua pertuduhan.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Ishak Mohd. Kari
bersetuju dengan jumlah jaminan tersebut.

Elesabet Paya Wan kemudian membenarkan jaminan RM 2,000.00 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Julai ini untuk sebutan semula kes.

Selain itu katanya, pasport milik tertuduh mesti diserahkan ke mahkamah dan perlu melapor diri di pejabat SPRM terdekat sebulan sekali sehingga kes selesai. – SM

BACA Blogger Rafi Awang Kechik direman bantu siasatan rasuah RM41 juta

BACA Bekas CEO MARii mengaku tak bersalah minta rasuah RM5 juta

(Visited 240 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button