Berita

110 anak yatim terima duit raya

Seramai 110 orang anak yatim dari Asrama Anak Yatim Kompleks Penyayang Tun Dr Siti Hasmah, Jejawi (36), Rumah Teduh Kangar (20), Rumah Kanak-Kanak Arau Guar Nangka (20), Rumah Anak Yatim Mak Teh Jalan Raja Muda, Kangar (18) dan Teratak Rahmat Mata Ayer (16) masing-masing menerima sumbangan duit raya RM200 daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Sumbangan tersebut dikurniakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs sempena ‘Program Iftar Santuni Anak-Anak Yatim Ramadan’ anjuran Yayasan Perlindungan dan Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia (YPKP JM) dengan kerjasama pihak MAIPs yang diadakan di Kelab Golf Putra, Sungai Batu Pahat.

Keberangkatan tiba baginda disambut oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs Hj Mohd Nazim Mohd Noor dan Pengerusi (YPKP JM) Datuk Tun Isham Safee.

Sementara itu, dalam ucapan alu-aluan beliau, Datuk Eko Indra Jaya Tengku Omar yang mewakili pihak Yayasan Pelindung dan Kesedaran Pecegahan Jenayah Malaysia memaklumkan bahawa yayasan mereka yang telah ditubuhkan pada tahun 2014 sehingga sekarang itu telah bergerak dalam misi mencegah jenayah dan melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan di samping telah aktif membantu 12 buah negeri dalam masa pandemik Covid-19 ini. Ia kini juga sedang mengusahakan untuk menyumbangkan mesin dialisis kepada Pusat Dialisis HTF-MAIPs di negeri Perlis.

Program jelajah seluruh negara itu setakat ini telah juga diadakan di Pahang, Terengganu dan Melaka bagi memberi sumbangan duit raya serta menyantuni anak yatim.

“Kesedaran mengenai pencegahan jenayah perlu bermula awal iaitu seawal peringkat sekolah lagi lebih-lebih lagi ketika ramai yang terkesan daripada sudut ekonomi akibat daripada penularan wabak COVID-19.

“Diharap dengan bantuan dan nasihat yang diberikan sedikit sebanyak dapat mengurangkan kecederungan golongan muda untuk melakukan jenayah”.

(Visited 366 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button