Nasional

Pemandu mabuk: Kementerian Pengangkutan bincang kaji semula peruntukan sedia ada

KEMENTERIAN Pengangkutan  akan membincangkan proses untuk mengkaji semula peruntukan undang-undang sedia ada berkaitan kesalahan melibatkan pemandu mabuk.

Menterinya, Anthony Loke Siew Fook berkata, perbincangan tersebut akan dilakukan dalam mesyuarat pasca-Kabinet Kementerian Pengangkutan minggu depan.

Menurut Anthony, kementerian memandang serius terhadap kejadian kemalangan yang melibatkan pemanduan di bawah pengaruh alkohol dengan insiden terbaharu melibatkan seorang juruteknik sebuah kilang, Muhammad Zulfakkar Borhan terbunuh manakala dua lagi rakannya cedera.

Motosikal yang ditunggang mereka dipercayai dirempuh kenderaan pacuan empat roda dipandu pemandu mabuk berdekatan bulatan Jalan Kebun menghala ke Lebuh Raya KESAS, pagi semalam.

“Saya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham Muhammad Zulfakkar Borhan yang meninggal dunia akibat dilanggar oleh sebuah kereta pacuan empat roda di Klang pagi tadi.

Related Articles

“Sementara itu, pihak kementerian menyerahkan siasatan terhadap kes di atas kepada pihak polis dan yakin bahawa pihak yang bertanggungjawab akan dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin,” kata Anthony.

Insiden membabitkan Muhammad Zulfakkar dan rakanya tular di media sosial selepas pemandu mabuk terbabit dipijak dan dibelasah orang awam selepas kemalangan.

Beberapa insiden pemandu mabuk dibelasah turut tular di media sosial sekaligus mengambarkan masyarakat tidak dapat lagi bertolerasi dengan pemandu mabuk.

Kejadian kemalangan maut membabitkan pemandu mabuk semakin meningkat di Malaysia. Sebanyak 191 kes kematian berpunca daripada pemanduan mabuk direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 2018 manakala sebanyak 212 kes pada 2017.

Seorang peguam, Adnan Seman menyarankan peruntukkan Undang-Undang berkaitan hukuman ke atas pemanduan mabuk ini perlu dikaji semula agar hukuman yang lebih berat wajar dikenakan bagi kemalangan yg meragut nyawa mangsa yg tidak bersalah.

“Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) memperuntukkan bahawa: ‘…mana-mana orang yang menyebabkan kematian atau kecederaan akibat berada di bawah pengaruh alkohol, apabila disabitkan, hendaklah dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun, dan denda tidak kurang RM8,000 dan tidak lebih RM20,000.

Menurut Adnan, mereka yang disabitkan di bawah Seksyen 44 juga akan hilang kelayakan memegang atau mendapatkan lesen memandu selama tempoh lima tahun.

Selain itu, lesen memandu pesalah dan yang sedang dalam proses pertuduhan juga, akan digantung berkuatkuasa dari tarikh pertuduhan dibacakan pertama kali.

Justeru Adnan menggesa kerajaan untuk mengenakan hukuman yang lebih berat terhadap pemandu mabuk.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button