HiburanMahkamah

Tak setuju kalau tarik diri, kata saksi defandan ketiga Datuk Seri Amir

Kes perbicaraan tuntutan lot bango oleh Aishah

SAKSI pertama defendan ketiga, Datuk Seri Mohd Amir Mohd Esa dalam kes perbicaraan Datuk Wan Aishah Wan Ariffin menuntut tanah lot banglo daripada penaja Bina Megah Empayar (BME) memberitahu Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpir hari ini, beliau tidak bersetuju jika penaja tarik diri.

Saksi berkata demikian ketika menjawab soalan Peguambela plaintif, Muhammad Izwan Azmi yang bersambung semula selepas prosiding yang diadakan pada sebelah pagi tadi di hadapan Hakim Rofiah Mohamad berhenti rehat sebentar.

Izwan dalam pemeriksaan balas ke atas saksi berkata, pengumuman atau announcement hadiah lot banglo kepada pemenang dilakukan dan Datuk, saksi itu setuju bahawa lot banglo dengan lot tanah ada beza.

“Datuk setuju kalau menang, hadiah penaja kena bagi hadiah tapi kalau dah tak mampu, kenapa tak tarik balik penajaan?

“Kalau defendan-defandan tidak mampu bagi lot banglo pada ketika itu, kalau tidak mampu, defandan-defandan boleh tarik balik penajaan,” kata Izwan.

“Tak setuju,” jawap saksi.

Izwan seterusnya berkata kepada saksi, “tadi Datuk kata penajaan boleh tarik diri.

Kalau masuk penajaan boleh tarik diri atas apa jua alasan.

Jawab saksi, “setuju.”

Izwan: Bila announce di semi final lot banglo, pemenang akan tuntut apa yang diuar-uarkan. Kenapa datuk dan defendan-defendan dan syarikat, tak tarik diri.

Perjanjian lot tanah.

Sama juga kalau Datuk masuk pertandingan dan menang. Pemenang akan tuntut.

I put to you, kalau tak mampu pada ketika itu, BME tarik diri. Ini saya cakap, mampu, berkemampuan.

Kata saksi, setuju.

Izwan: Datuk kata Aishah tuntut lot banglo, Datuk kata menekan.

Bila Datuk tidak buat pembetulan, tak urge (desak) Astro buat pembetulan, sebenarnya Datuk tak ada apa-apa yang nak dijanjikan.

Tak setuju, kata saksi.

Datuk tak setuju sebab Aishah tuntut lot banglo.

Contoh, saya balik pada Datuk menang 100,000. Itu Datuk menekanlah. Saya refer pada uar uarkan. Datuk kata kalau orang bagi 80,000, Datuk berhak seperti yang diuar uarkan. Datuk tak setuju dengan amount tersebut, nak tuntut cukupkan 100,000. Tuntut hak Datuk , nak cukupkan, tak menekan lah.

Dalam situasi Aishah, dia menuntut hak dia, Datuk kata Aishah menekan. Kalau Datuk, tak menekan.

Aishah menuntut lot banglo, Datuk tuntut 100,000 sebab orang kasi kurang.

I put to you Datuk, tuntuan Aishah lot banglo tidak menekan dan tidak berat sebelah.

Saksi tak setuju dan berkata, itu antara dia dengan Astro.

Urusan bagitau Datuk Aishah bukan saya, tapi Astro, kata saksi.

Izwan: Saya katakan Datuk tindakan bagi hadiah, 2,600 tak pernah tolak sehingga hari ini, sebenarnya Datuk dan BME lah yang menekan pemenang-pemenang lain.

Tak setuju, kata saksi.

Datuk bagitau semalam tahu beza lot banglo dengan tanah biasa. Ada banyak syarikat.

Oh tidak ada. Partnership. Sama, Pengarah Urusan, kata saksi.

“Sebagai kontraktor perumahan, Datuk tahu ya syarat-syarat, piawaian. Ikatan Dokumen Tambahan plaintif, B3 dirujuk, Puan Hakim,” kata Izwan.

Izwan: Semalam Raymond tampil sebagai saksi .. sebagai syarikat pembinaan perumahan, ketiga-tiga syarat dan piawaian perlu diketahui oleh ketiga-tiga defendan.

Itu sahaja soalan saya, Puan Hakim terhadap saksi pertama, defendan ketiga.

Mahkamah berhenti rehat dan bersambung untuk pemeriksaan semula oleh Peguamcara defendan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button