Nasional

10.2 peratus penduduk lengkap terima dua dos vaksin

SEJUMLAH 10.2 peratus atau 3.314 juta rakyat Malaysia telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19 sehingga semalam.

Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) sejumlah 22.8 peratus atau 7.435 juta rakyat telah disuntik dengan dos pertama. Sehingga kini keseluruhan 10.750 juta dos vaksin telah diberikan.

Semalam mencatatkan hari kelima berturut-turut lebih 300,000 dos vaksin diberikan iaitu 337,478 dos. Dos pertama melibatkan 213,396 suntikan dan dos kedua 124,0812 suntikan.

Negeri yang mencatatkan peratusan tinggi penduduk yang telah divaksin adalah Kuala Lumpur Sarawak, Putajaya, Labuan dan Perlis.

Kuala Lumpur paling tinggi iaitu 75.5 peratus atau 1.340 juta penduduk dewasannya telah menerima dos pertama dan 18.1 peratus (321,867) dos kedua.

Sejumlah 47.5 peratus (52,204) penduduk di Putrajaya telah disuntik dengan dos pertama dan 29.3 peratus (32,261) telah lengkap disuntik kedua-dua dos.

Sarawak dikedudukan ketiga tertinggi dengan 47.4 peratus (1.336 juta) penduduknya telah menerima dos kedua dan 17.2 pratus (485,413) menerima dos kedua.

Diikuti Labuan dengan 38.8 peratus (36,610) penduduk menerima dos pertama dan 24.8 peratus (24,659) lengkap menerima kedua-dua dos.

Negeri peratusan penduduk paling rendah menerima vaksin adalah Sabah iaitu 10.2 peratus (397,885) penduduk telah disuntik dengan dos pertama dan 7.3 peratus (286,333) disuntik dengan dos kedua.

Diikuti Kelantan iaitu 12.9 peratus (246,115) telah disuntik dos pertama dan 9.5 peratus (181,533) dos kedua.-SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button