Zuraida kuarantin sendiri di rumah
MENTERI Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Zuraida Kamaruddin menjalani kuarantin di rumanya selama 14 hari berdasarkan garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politiknya, Nor Hizwan Ahmad, Zuraida yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) dari Sabah pada 26 September lalu menjadi ujian calitan dan keputusannya negatif.
Selepas itu katanya, Zuraida menghadiri program di Langkawi pada 27 September dan pulang ke Kuala Lumpur petang hari yang sama.
Bagaimanapun pada 28 September, beliau dimaklumkan terdapat satu kes positif Covid-19 dikesan dalam program yang dihadirinya di Langkawi.
Oleh itu Zuraida, menjalani sekali lagi ujian calitan pada 29 September dan keputusannya juga negatif.
Sebagai langkah berjaga-jaga, Zuraida memilih untuk menjalani kuarantin sendiri.-sm