Nasional

Zon Merah turun kepada 12, Zon Hijau meningkat kepada 77 daerah

JUMLAH daerah Zon Merah COVID-19 terus menunjukkan perkembangan positif apabila berkurangan kepada 12 daerah yang mencatatkan kes aktif kurang 40 kes, setakat 12 tengah hari semalam.

Berdasarkan infografik Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan CPRC Kementerian Kesihatan (KKM) yang dikongsi melalui media sosial rasmi KKM hari ini turut memaklumkan bahawa Zon Hijau meningkat kepada 77 daerah, berbanding 68 daerah semalam.

Jumlah keseluruhan Zon Merah itu membabitkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan tiga daerah, Selangor, Sarawak dan Johor masing-masing dua daerah manakala Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang masing-masing satu daerah.

Di Kuala Lumpur, Zon Merah dengan jumlah kes aktif melebihi 40 ialah Kepong (88), Lembah Pantai (289) dan Titiwangsa (60); manakala di Selangor, Petaling (44) dan Hulu Langat (72).

Melaka Tengah di Melaka (49); Seremban di Negeri Sembilan (75); Johor Bahru (47) dan Kluang (84) di Johor; Kuantan di Pahang (44); sementara Kuching (164) dan Kota Samarahan (66) di Sarawak.

Zon Merah mewakili jumlah positif COVID-19 melebihi 41 kes, Zon Jingga (20-40 kes), Zon Kuning (1-19 kes) dan Zon Hijau tiada kes.

Negeri Selangor masih mencatat bilangan kes positif COVID-19 paling tinggi iaitu 1,398 kes.

Berikut adalah senarai penuh lokasi Zon Merah seluruh Malaysia:

 

Negeri/Daerah Kes Kes Aktif
Selangor
Petaling 374 44
Hulu Langat 473 72
Kuala Lumpur
Kepong 193 88
Lembah Pantai 751 289
Titiwangsa 155 60
Negeri Sembilan
Seremban 333 75
Melaka
Melaka Tengah 92 49
Pahang
Kuantan 130 44
Johor
Kluang 222 84
Johor Bharu 166 47
Sarawak
Kuching 300 164
Kota Samarahan 87 66
JUMLAH 3,276  1,082

BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button