Zimi Sofazr ceraik talak satu guna Whatsapp
PEMUZIK dan komposer, Zimi Sofazr memberitahu yang dia kini sudah bercerai dengan isterinya, Isma Salwana Ismail.
Penceraian talak satu itu menurut Zimi dilafazkan menerusi rakaman suara Whatsapp dan mereka kini sedang menunggu proses mahkamah.
“Saya mengaku memang buat masa sekarang ada masalah rumah tangga. Saya sekarang dalam proses penceraian. Saya lafazkan talak ke atas bekas isteri semalam (Ahad) dan sekarang kami masih menunggu proses mahkamah.
“Urusan ke pejabat agama dan hak penjagaan anak semua saya serahkan pada pihak yang lebih mengetahui,” katanya kepada mStar.
BACA> Keith Foo bercerai dengan model Kim Raymond
Enggan mendedahkan punca perceraian, Zimi menganggap bahawa dia dan bekas isterinya itu sudah tiada lagi persefahaman dan jodoh mereka setakat itu sahaja.
“Kami berdua dah tak sehaluan. Kami dah cuba untuk pertahankan perkahwinan ini, tapi tak boleh…jodoh dan tak ada. Mungkin sampai di sini saja la rumah tangga ini.
“Anak-anak kecil lagi, mereka masih memerlukan seorang ibu. Jadi, biarlah dia dapatkan hak penjagaan anak sebab dia lebih berhak,” katanya.
BACA> Cinta ditolak wanita celik, Fendy Caliph Buskers bikin lagu
Dalam pada itu, Zimi menafikan dakwaan mengatakan dia mengabaikan anak-anak kerana dia sentiasa menjaga kebajikan dan tidak pernah pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua keluarga. -SM