Bola SepakSukan

Harry Maguire selamat pulang ke England

HARRY MAGUIRE telahpun pulang ke England sambil menanti keputusan mahkamah berikutan penahanannya selepas terbabit dalam pergaduhan di pulau Mykonos dekat Greece.

Kapten Manchester United dan pertahanan England, 27, menafikan tuduhan itu termasuk menyerang, melanggar arahan dan cubaan rasuah yang bersangkut paut dengan selepas kejadian pergaduhan setelah polis mendakwa mereka dikasari.

Adik perempuan kepada bintang United itu, Daisy, 20, dipercayai telah diserang dengan objek tajam sewaktu pergaduhan itu berlaku, tetapi polis Greece berkata, mereka tidak mengetahui mengenai perkara tersebut.

Perbicaraan akan berjalan tanpa kehadiran Maguire yang akan dilaksanakan di pulau Syros, hari ini.

Pemain itu terpaksa menghabiskan dua malam di dalam lokap sebelum disoal bertubi-tubi oleh pendakwaraya, semalam.
Difahamkan dia telah terbang pulang ke England dengan menaiki jet peribadi, walaupun tiada tanda-tanda Maguire berada di kediamannya dekat Sheffield.

Maguire kini terpaksa menanti dengan penuh debaran berhubung keputusan mahkamah dan perlu memberi penjelasan kepada bos United, Ole Gunnar Solskjaer dan pengurus England, Gareth Southgate.
Jika dia didapati telah menjatuhkan reputasi kelab, pemain itu boleh dilucut lilitan lengannya sebagai kapten.

Southgate perlu membuat keputusan sama ada menyenaraikan nama Maguire ke dalam skuad bimbingannya, esok menjelang perlawanan Liga Negara-Negara Eropah menentang Iceland dan Denmark, bulan depan.

Jika dia didapati bersalah, Maguire perlu membayar denda sebanyak 90,000 pound (RM491,967).

Difahamkan, pemain itu dijangka menjelaskan bayaran denda tersebut bagi mengelak hukuman penjara di bawah skim untuk mengatasi kesesakan penjara di Greece. – Mirror UK – SM

(Visited 217 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button