Zermatt – Sebuah perkampungan tanpa enjin
TERDAPAT sebuah kampung di Switzerland yang melarang sebarang enjin pembakaran (combustion engine) masuk ke perkampungan itu.
Kampung yang diberi nama Zermatt ini terletak di kaki Gunung Matterhorn yang terkenal sebagai destinasi bermain salji di seluruh dunia. Ia juga digunakan sebagai lambang dalam jenama coklat yang terkenal “Toblerone”.
Peraturan larangan kenderaan berenjin ini bermula pada tahun 1966.
Pada mulanya, ia dilaksanakan hanya untuk meningkatkan kualiti udara dan tahap keterlihatan kawasan itu. Tapi sekarang ia juga dilihat sebagai cara untuk mengurangkan pelepasan karbon di bandar dan mengurangkan kesesakan.
Sekarang ini, terdapat lebih kurang 500 biji kenderaan elektrik yang terdapat di disitu, persendirian dan juga awam. Pada tahun 1990, permit khusus perlu didapatkan oleh penduduk disitu yang ingin mempunyai kenderaan eletrik persendirian.
Yang menariknya saiz dan kelebaran kenderaan itu juga perlu mengikut ukuran yang ditetapkan dalam undang-undang.
Disebabkan tiada kenderaan berenjiin ke sini. Kita perlu gunakan kereta api untuk sampai ke sini dan kereta api itu hanya akan bawa sampai ke tengah Zermatt sahaja. Bertambah menarik lagi ia ada menyediakan ‘Car-Train’ terbuka untuk bawa kereta di atas kereta api.
Kredit: JomVentures