ZAWFAN mirip Raihan
Kumpulan Nasyid baru di Malaysia ‘Zawfan’ boleh dikatakan serupa mirip kumpulan Raihan mana tidaknya lagu-lagu dakwah yang dihasilkan 100% mengunakan alat muzik pergendagan, kompang atau alat perkusi gendagan seperti kembali ke era muzik nasyid era 90-an.
Pengasas bagi kumpulan Zawfan ini merupakan vokalis utama kumpulan nasyid Mirwana, konsep dan gaya muzik tidak sarat hanya berbekalkan lirik yang jelas dan melodi yang ringkas.
Malah nyanyian juga bersederhana dengan berlatar belakangkan suara latar yang berharmoni namun ia membawa mesej keagamaan, ketuhanan, kemanusiaan dan kerohanian yang meninggalkan kesan kepada masyarakat.
Pada pertengahan 2021, Zawfan mengorak langkah dengan mengeluarkan single pertama bertajuk ‘Rasul Kita’ ciptaan dari Hafiz Tamizi.
Baik-bait lirik dalam single ini memperingatkan tentang nama-nama Rasul yang perjuangan agama islam dan menyeru untuk orang ramai mengambil teladan demi kebaikan agama.
Kini boleh didengar di semua platform digital seperti Spotify dan Apple Music juga boleh didengari di IKIMFM, ZAYAN dan radio tempatan lain.
Untuk media sosial boleh terus ke.
https://www.facebook.com/ZAWFAN.official (Facebook)
https://www.instagram.com/ZAWFAN.official (Instagram)
https://www.tiktok.com/@nasyidZAWFAN (TikTok )
Sebuah muzik video juga telah diterbitkan bersama, dimuat naik dan boleh ditonton di channel mereka di laman YouTube:
https://www.youtube.com/watch?v=5X-vC_JAR0E (ZAWFAN OFFICIAL) https://www.youtube.com/watch?v=k0MoAaBkOF8 (INTEAM DIGITAL)