Politik

Zairi terus tabur bakti walaupun kalah

Oleh Osman Lisut

Tidak mahu melihat ke belakang berikutan kekalahannya pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14, calon N05 Taboh Naning, Zairi Suboh, terus menabur bakti dalam menyantuni permasalahan masyarakat.

Jika mereka yang kalah sibuk memikirkan bagi mencari puncanya, wakil Pakatan Harapan ini mendekati pengundi bagi mendengar keluhan dan terus menangani seberapa segera.

Ini terbukti setiap kali berlakunya musibah dan mendengar keluhan rakyat Taboh Naning, beliau akan sampai dahulu ke tempat kejadian bagi menghulur bantuan.

Walaupun saya bukanlah wakil rakyat yang dipilih di Dun Taboh Naning ketika itu, namun sudah menjadi tanggung jawab saya untuk memberi tindakan awal kepada pengundi saya.

Tiada masalah samada mangsa mengundi saya atau tidak, yang penting bantuan perlu diberikan. Tidak kira bangsa, anutan agama mahupun fahaman politik, prinsip saya bantuan harus diutamakan.

Saya bersama pasukan sukarelawan akan menghantar sendiri barangan bantuan rumah ke rumah. Ini secara tidak mendedahkan saya akan keperitan mangsa dan dapat mendengar denyutan nadi rakyat.

Sepanjang 22 bulan memerintah Melaka, kerajaan Pakatan Melaka berjaya membina 95 unit Rumah Peduli yang diberikan secara percuma kepada rakyat.

Bagi menggalak minat membaca di kalangan penduduk, saya mewujudkan skim buku percuma. Begitu juga lampin pakai buang, sayur-sayuran dan barangan keperluan percuma.

Malah, pemberian pelitup muka (mask) secara percuma untuk kanak-kanak sekolah turut dilakukan ketika pandemik.

Kerja-kerja kemasyarakatan ini tetap akan saya lakukan samada terpilih atau sebaliknya.

Rayuan saya, pengundi Taboh Naning keluar mengundi pada 20 November ini bagi memilih pemimpin mereka untuk tempoh lima tahun akan datang.

Saranan saya pilihlah pemimpin yang boleh berkhidmat untuk rakyat dan sedia mendengar rintihan masyarakat, bukannya sekadar mahu berkuasa.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button