Politik

Hari pengundian semakin hampir, Melaka semakin keliru

1. Mengundi tinggal lagi 4 hari. Kempen lagi 3 hari. Keadaan di Negeri Melaka bertambah celaru. Keadaan semakin tidak menentu. Larangan berkempen, menyebabkan amat sukar parti-parti bergerak mengenalkan Calun.

2. MERDEKA CENTRE kata, kajian mereka di Negeri Melaka menunjukkan bahawa seramai 65% Orang Melaka kata, Pilihanraya ini adalah satu Pilihanraya yang tidak perlu. Menyusahkan Rakyat. Membahayakan Rakyat. Rakyat amat marah.

3. Oleh yang demikian, MERDEKA Centre juga meramalkan PERATUS KELUAR MENGUNDI berada di tahap 70% sahaja berbanding dengan 83% pada PRU ke 14 pada bulan Mei 2018.

4. Landskap Politik Negeri Melaka akan berubah sekiranya peratus keluar mengundi hanya 70% peratus.

5. Di Melaka, Tan Sri Muhyiddin Yassin kelihatan amat popular di mata Rakyat dan pengundi-pengundi atas pagar.

Kerana itu, PH dan UMNO sudah mula mengambil pendekatan menyerang TS Muhyiddin.

Kekuatan Calun-Calun Perikatan Nasional, hanya ada pada TS Muhyiddin.

6. Parti UMNO kini bekerja kuat bagi memastikan mereka berupaya menang 15 kerusi DUN dan memerintah Negeri Melaka secara bersendirian.

7. Sekiranya UMNO Gagal menang 13 kerusi, ini akan memperlihatkan Kegagalan Dato’ Seri Zahid Hamidi, yang mahukan UMNO bertanding Solo.

8. Apa pun, di bandar Melaka ini, kalau kita berjalan-jalan dan tanya orang Melaka, siapa mereka akan mengundi pada 20 Nov. ini.

Mereka tidak akan beri jawapan. Sunyi dan sepi. Ini petanda kurang baik untuk parti-parti politik. Ini petanda samada orang Melaka tidak akan keluar mengundi atau mereka akan ubah Kerajaan yang sedia ada.

9. Akhirnya, Pilihanraya Negeri Melaka akan menjadi A WATERSHED, (an event marking a turning point in a situation/ history of Malaysian politics).

SEKIAN.

Penulis, DATO’ SAIFUL BAHAR, merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013).

Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya.

Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

(Visited 203 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Dato' Saiful Bahar

Penulis merupakan bekas Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2008-2009), bekas Setiausaha Sulit Kanan kpd. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (2009-2013). Beliau juga bekas Penasihat Khas kpd. Menteri Peladangan dan Komoditi (2016-2018). Pernah bertugas dengan 3 Menteri dan seorang Timbalan Menteri serta telah berkhidmat di 8 Kementerian sepanjang 18 tahun di Putrajaya. Ketika ini, beliau merupakan Penganalisa Politik dan Polisi Kerajaan untuk Badan Bebas dan News Portal.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button