Zahnita Wilson bantu Ibu-Ibu berniaga tanpa Caj, hanya dengan review produk
“Saya tidak akan mengambil sebarang bayaran untuk membuat ulasan produk,” jelas Zahnita. “Jika anda memerlukan bantuan untuk mengembangkan perniagaan, saya dengan senang hati akan memberi sokongan.”
Beliau turut menambah, “Cukup kirimkan produk anda, dan saya akan memuat naiknya di story. Saya berharap ini dapat memberikan manfaat. Saya faham betapa sukarnya untuk mendapatkan sokongan daripada orang ramai, apatah lagi dengan kos yang tinggi untuk mempromosikan perniagaan.”
Zahnita juga menyatakan bahawa tujuannya adalah untuk membantu ibu-ibu di luar sana dalam membina kerjaya mereka. Baru-baru ini, beliau membantu seorang ibu hamil sembilan bulan dengan membuat ulasan produk yang dihasilkan.
“Saya tidak dapat menolak,” katanya. “Dia hampir bersalin, dan saya benar-benar faham betapa sukarnya situasi seorang ibu yang sedang mengandung, namun tetap berusaha mencari rezeki.”