Politik

Zahid, Najib perlu beri laluan kepada orang lain – Ku Li

PENGERUSI Jemaah Penasihat UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menasihatkan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan pengorbanan dengan ‘memberi laluan kepada orang lain’ demi kasih mereka kepada orang Melayu dan masa depan UMNO.

Tegas Ahli Parlimen Gua Musang itu, pengorbanan mesti dilakukan oleh masing-masing presiden UMNO dan pengerusi lembaga penasihat Barisan Nasional (BN) itu yang bersifat `cacat’ dari segi pandangan rakyat.

Dipetik dalam satu wawancara eksklusif disiarkan Utusan Malaysia hari ini mengenai bentuk `pengorbanan’ yang dimaksudkan, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Ku Li berkata: “Beri jalan kepada orang lainlah.
“Saya tak tahulah bagaimana…sama ada dia (Ahmad Zahid dan Najib) mahu bertanding atau tidak, tetapi pengorbanan itu mesti dilakukan kalau mereka sayang kepada rakyat Melayu sebagaimana didakwa dan dilaung-laungkan mereka dalam UMNO.

“Mesti beri keutamaan kepada kepentingan parti. Kalau tidak, kita (UMNO) tidak ke mana. Pengorbanan itu penting, dalam agama pun dituntut kepada pengorbanan, dalam masyarakat kita pun ada pengorbanan.

Related Articles

“Sekejap sahaja satu penggal lima tahun.”

Ahmad Zahid dan Najib, kedua-duanya sedang menghadapi pendakwaan kes penyelewengan di mahkamah.
-SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button