Nasional

Zahid Hamidi boleh bersumpah berapa kalipun – Muhyiddin

PRESIDEN Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, terpulang kepada Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu sumpah laknat.

Beliau menegaskan, terpulang kepada Zahid berapa kalikah mahu bersumpah kerana itu adalah haknya.

Sama seperti hak Muhyiddin dalam memperkatakan apa yang benar dan tidak membohongi rakyat.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan yang hadir pada sidang akbar usai Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) di Kementerian Kewangan, Putrajaya, hari ini.

Muhyiddin menjawab soalan wartawan berhubung Zahid yang mahu mengangkat sumpah laknat menafikan Presiden UMNO itu ada berjumpa dengan Muhyiddin berkenaan dengan kes mahkamah yang dihadapi oleh Zahid.

“Itu hak dia. Saya cakap yang benar. Jangan bohong apabila bercakap pada rakyat.

“Berapa kali nak sumpah, sumpahlah. Kata yang betul. Kata yang hak walaupun betul itu pahit,” ujar Muhyiddin.

Katanya lagi, situasi sekarang menyatakan yang betul dan harap rakyat faham.

Sementara itu, Muhyiddin juga berkata, bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, pembahagian kerusi sudah selesai dan nama-nama calon sudah di peringkat akhir.

“Pengumuman pada 24 haribulan akan dibuat secara rasmi, nama-nama calon,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button