Politik

Zahid Hamidi ada harapan kalau PM Anwar kata 2 TPM

RAMAI yang bermain teka-teki dengan Jemaah Menteri yang akan dibentuk sebagai Kabinet Kerajaan Perpaduan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ura-ura mengatakan, dalam minggu ini, Anwar akan mengumumkan Jemaah Menteri beserta dua orang Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Yang pro kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menebak, boss mereka akan dinamakan sebagai TPM oleh Anwar.

Seorang lagi TPM katanya datang dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan bukannya dari Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Nama Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat naik dan dikatakan bakal mengisi satu daripada dua jawatan TPM.

Related Articles

Kalau benarlah bagai ditelah, untung Tok Mat Hassan kerana beliau sebelum ini beliau tidak pernah duduk dalam Dewan Rakyat di Parlimen, aleh-aleh terus masuk dalam Jemaah Kabinet Kerajaan Perpaduan Anwar Ibrahim.

Ada khabar angin mengatakan Presiden Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal akan dilantik sebagai timbalan perdana menteri dalam Jemaah Menteri Anwar.

Kalau tak sangkut sebagai TPM, mungkin Shafie jadi Menteri berpotfolio. Begitu juga dengan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin (KJ) yang siapa tahu, ada nasib jadi menteri dalam Jemaah Menteri pimpinan Anwar Ibrahim.

‘Bacaan’ politik Parti Keadilan Rakyat (PKR), UMNO, DAP dan GPS besar kemungkinan diberi jawatan menteri paling banyak.

Parti Warisan, Amanah dan Upko juga dijangka akan dimasukkan dalam Jemaah Menteri.

Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Kalau betul seperti yang ditebak, esok Perdana Menteri Anwar Ibrahim akan umumkan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan.

Dalam masa yang sama, kita lihat sama ada pandangan ahli akademik dari Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang kepada Anwar, jangan disenaraikan nama bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam Jemaah Menteri.

Tambahan kepada dua nama di atas jangan disenaraikan, ada gesaan supaya tidak nama Ahli-Ahli Parlimen yang berhadapan dengan kes mahkamah. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button