YEW LEE cadang terbitan waran bonus dan ESOS
IPOH, 25 Oktober 2022 – Yew Lee Pacific Group Berhad, pengeluar yang terlibat terutamanya dalam pembuatan berus industri serta perdagangan perkakasan dan jentera perindustrian, hari ini mencadangkan untuk melaksanakan terbitan bonus waran dan penubuhan skim opsyen saham pekerja (ESOS) untuk memberi ganjaran kepada pemegang saham sedia ada serta mengiktiraf sumbangan pekerja yang layak.
Yew Lee dalam kenyataannya berkata, cadangan terbitan bonus waran akan melibatkan 1 waran bagi setiap 2 saham biasa sedia ada dalam Yew Lee yang dipegang oleh pemegang saham berhak atau terbitan 266,217,800 waran berdasarkan jumlah modal saham terbitan Yew Lee sebanyak RM67,530,363 yang terdiri daripada 532,435,600 saham biasa pada tarikh praktik terkini (LPD) pada 3 Oktober 2022.
ESOS yang dicadangkan untuk dikeluarkan tidak akan melebihi 30.0% daripada jumlah saham terbitan untuk pekerja dan pengarah Yew Lee yang layak dan anak-anak syarikatnya.
Pengarah Urusan Yew Lee, Ang Lee Leong, berkata, pihaknya ingin memberi ganjaran kepada pemegang saham sedia ada atas sokongan mereka dengan membolehkan mereka mengambil bahagian dalam waran yang datang tanpa kos kepada mereka dan yang boleh didagangkan di Pasaran ACE Bursa Securities Malaysia Berhad.
Ini membolehkan mereka meningkatkan penyertaan ekuiti mereka dalam saham Syarikat pada harga pelaksanaan yang telah ditetapkan sepanjang tempoh waran dan, mendapat manfaat daripada sebarang potensi peningkatan modal waran.
“ESOS yang dicadangkan adalah untuk mengiktiraf sumbangan pekerja yang layak dan pada masa yang sama, adalah sebahagian daripada rancangan Syarikat untuk membangun dan mengembangkan modal insan kami. ESOS akan membolehkan kami menyelaraskan kepentingan jangka panjang pekerja yang layak dengan pemegang saham untuk membantu mencapai objektif perniagaan Yew Lee.” katanya di sini hari ini.
M&A Securities dan Eco Asia Capital Advisory Sdn Bhd telah dilantik sebagai penasihat utama dan penasihat kewangan, masing-masing kepada Syarikat berhubung cadangan itu, yang dijangka siap menjelang suku pertama 2023.