Yes melancarkan pusat pengalaman dikuasai oleh 5G pertama di Malaysia
Yes terus menggerakkan usaha-usaha 5G untuk semua ke arah sebuah komuniti digital yang menyeluruh menerusi pusat utama mereka
YES milik YTL Communications hari ini melancarkan Yes Experience Store sebuah pusat pengalaman yang julung-julung kalinya ditubuhkan di Malaysia yang dikuasai sepenuhnya oleh ketersambungan 5G di Lot 10, Bukit Bintang.
Selaras dengan misi Yes untuk membolehkan ketersambungan 5G untuk semua rakyat Malaysia, pusat pengalaman tersebut bertujuan untuk memberikan gambaran masa depan ketersambungan 5G dalam mengubah gaya hidup, bekerja, dan berhibur dalam persekitaran yang semakin saling terhubung dengan pelbagai peranti.
Julung-julung kalinya dilancarkan di Malaysia, Yes Experience Store membawakan pengalaman serba baharu untuk rakyat Malaysia yang boleh merasai sendiri ketersambungan ultra-pantas Yes 5G dengan kependaman (latency) yang lebih rendah, masa respon yang pantas, dan liputan yang stabil.
Para pelanggan juga bakal menikmati kapasiti rangkaian yang besar memandangkan rangkaian 5G Yes terus menyokong pelbagai jenis peranti, membolehkan para pelanggan memuat turun dan melayari informasi serta melakukan transaksi digital dengan lebih pantas, seterusnya mencipta sebuah pengalaman yang dipertingkatkan.
Pusat tersebut bukan sahaja menyediakan penjualan dan pembelian Yes Infinite Gateway 5G Wireless Broadband, pelan prabayar Yes First to 5G dan pelan pascabayar Yes Infinite 5G, ia juga tampil dengan restoran dan kafe yang dikuasai 5G yang pertama di Malaysia buat para pelanggan untuk menjamu selera dan menikmati ketersambungan 5G bersama ahli keluarga dan sahabat handai.
Gabungan Yes Experience Store dan kafe ini mewujudkan ruang modular untuk acara-acara korporat dan persendirian. Sesi kerja bersama, persidangan, hackathon teknologi, ruang hiburan dan perlawanan permainan yang dikuasai 5G, ruang ini akan menjadi sebuah ruang komuniti yang sebenar dengan tujuan untuk saling berhubung antara satu sama lain dan memanfaatkan potensi sebenar teknologi.
“Dengan pelancaran rasmi Yes Experience Store yang pertama, kami bangga untuk melangkah setapak lagi ke hadapan seiring dengan misi kami “5G Untuk Semua” dengan menyediakan sebuah ruang berteknologi maju buat komuniti untuk bekerja dan berhibur – sambil menikmati pengalaman yang Yes 5G tawarkan,’ ujar Wing K. Lee, CEO YTL Communications di majlis pelancaran tersebut hari ini.
Selain ketersambungan WiFi 5G secara percuma, Yes Experience Store juga menawarkan para pelanggan pengalaman secara terus dengan teknologi 5G, daripada peranti-peranti terkini 5G, robot yang dikuasakan 5G sehingga pengalaman VR dengan Kacamata HTC Viveflow VR. Dengan rekabentuk moden dan persediaan yang cukup indah, ia juga sebuah ruang yang sempurna untuk gambar-gambar ‘Instagram-worthy’, serta peluang untuk pengalaman fotografi dan penggambaran video yang dikuasai teknologi.
Jalinan usahasama bersama Shopee untuk pulangan berterusan buat para pelanggan Yes
Turut diumumkan di majlis pelancaran tersebut ialah program eksklusif Yes, Yes 5G Databack yang diberi nafas baharu bersama Shopee, yang kini menawarkan ganjaran data 5GB buat para pengguna Prabayar dan Pascabayar Yes 5G dan 4G bagi setiap perbelanjaan bernilai RM50 dalam platform e-dagang tersebut.
Sehingga kini, lebih 13.7 juta para pengguna telah menerima Yes Databack, dengan jumlah keseluruhan pengagihan Databack sebanyak 2.46 billion GB, dan jumlah tersebut akan terus meningkat dengan Yes 5G Databack.
Anda juga boleh mencuba Pelan Pascabayar Tanpa Had 5G tanpa Polisi Penggunaan Saksama (FUP) yang termurah dan terpantas secara PERCUMA dalam tempoh sebulan menerusi Laman Rasmi Yes di Shopee. Dikenali sebagai Yes Infinite Discover Postpaid Plan, pelan ini menawarkan daa 5G dan 4G tanpa had, panggilan tanpa hal dan kelajuan tanpa had, selain 10GB sambungan mudah alih (hotspot). Para pengguna yang memerlukan lebih banyak hotspot juga boleh memanfaatkan Yes 5G Databack mereka untuk lebih dinikmati dalam pelan tanpa had tersebut.
Yes Experience Store kini telah dilancarkan dengan rasmi, dengan pelbagai aktiviti promosi yang mengujakan menanti orang ramai untuk tempoh masa terhad sepanjang hujung minggu ini, daripada 14 – 16 Oktober. Para pelanggan boleh menikmati pelbagai tarikan dan rangkaian teknologi 5G di pusat tersebut buat julung kalinya, sambil menikmati jamuan ringan percuma dan membawa pulang pelbagai cenderahati, termasuk baucar Shopee SIM 5G percuma.
Para peserta yang bertuah juga berpeluang untuk memenangi hadiah utama telefon Vivo V23 5G percuma atau hadiah sampingan telefon vivo Y77 5G percuma, hanya dengan mengambil video di Yes Experience Store, kongsikan elemen kegemaran mereka mengenai pusat tersebut, dan muatnaik ke Instagram Reels, di samping mengikuti laman-laman sosial Yes.
Yes mempunyai perancangan untuk mengembangkan Yes Experience Store mereka ke negeri-negeri lain dalam masa yang akan datang. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Yes dan pelan-pelan 5G Yes, layari www.yes.my. – SM
Artikel berkaitan > Syarikat telekomunikasi disaran mulakan SWN 5G untuk pengalaman pengguna!