Rencah Hidup

Yasin Brothers yang ku kenali

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Mei

SEBAIK-BAIK pekerti, segalanya berubah disebabkan najis dadah. Itulah yang terjadi ke atas diri penyanyi dan komposer, Yasin Brothers atau Yasin Sulaiman yang mula-mula menjejakkan kaki dalam industri hiburan tanah air bersama kumpulan nasyid kontemporari, Brothers.

Ketika itu, Brothers  di bawah payung Ambang Klasik Sdn. Bhd., tampil sebagai kumpulan nasyid yang modern dan Yasin satu-satunya anggota kumpulan nasyid yang mahu bersalaman dengan wartawan hiburan berlainan gender.

Yasin sebenarnya seorang yang amat disenangi, rendah diri dan menjaga tutur kata setiap kali ditemubual.

Beliau pernah menawarkan diri untuk menjadi penterjemah kepada penulis yang menemubual penyanyi berasal dari Lebonan, Pascale Machaalani yang pernah popular di Malaysia sedekad lalu menerusi lagu dendangannya, Nour El Chames.

Pascale tidak berapa fasih berbahasa Inggeris manakala Yasin pula, berbahasa Arab dengan baik sekali.

Hampir tidak percaya apabila Yasin ada rekod jenayah terbabit dengan dadah kira-kira 10 tahun yang lalu. Ya memang beliau agak senyap sejak dua menjak lalu.

Hari ini apabila Yasin muncul, dia ditangkap polis atas kesalahan menanam berbelas pasu pokok ganja dan memikili ganja dengan jumlah yang berat sehingga boleh disabitkan di bawah Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1957.

Ya, kalau Seksyen 39B, Akta Dadah Berbahaya 1957, jika sabit kesalahan, tidak perlu dinyatakan apakah hukumannya kerana sedia maklum, hukuman gantung mandatori.

Kata abang kandung Yasin, Zain, 50, dan penyanyi, komposer, penerbit, Hafiz Hamidun, Yasin yang berwajah kacukan mat saleh berdepan dengan masalah bipolar.

Yasin disahkan menghidap bipolar sejak tahun 2009 dan telah mendapatkan rawatan.

Walaupun kita semua melahirkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa Yasin, undang-undang tidak memilih bulu dan Yasin sendiri perlu melalui proses undang-undang atas kesalahan yang disabitkan ke atas dirinya.

Yasin pernah mendirikan rumah tangga dengan seorang wartawan dari akhbar berbahasa Inggeris.

Pada 31 Mac baru-baru ini, Yasin dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya, Selangor bagi menghadapi pertuduhan mengedar dan menanam ganja.

Yasin diwakili peguam, Yusmadi Yusoff dan ketika prosiding mahkamah bermula, Yasin merayu diberi peluang mendapatkan rawatan kerana bimbang keadaan kesihatannya yang semakin merosot.

Yasin juga tidak dibenarkan diikat jamin oleh Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret  atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Damansaa Indah Resort Home, Kota Damansara.

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan pada 18 Mei ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button